Friday, 15 November 2013

Harga Design untuk Sticker kereta

Setelah di perkenankan oleh majoriti ahli designer. Kami telah bersetuju bahawasanya......

a)Setiap satu design kami akan mengenakan bayaran RM50.00 (Jika ada gambar original dan melakukan sedikit pengubahsuaian)


b)Setiap design yang kami melukis dari awal akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 (Jika tiada gambar original serta menggunakan khidmat kami sepenuhnya untuk pengubahsuaian)


c) Setiap design yang ada mana-mana perubahan kami akan mengenakan bayaran sebanyak RM30.00-RM50.00 (Tertakluk kepada perubahan yang dilakukan)


d) Kami juga perlu kerjasama dari pelanggan untuk mengesahkan rekaan design tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan dari terdapat penangguhan masa.



Mengapakah kami melakukan syarat-syarat sebegini?


-Ini kerana kami telah mendapati pelanggan kami yang sebelum ini menggunakan khidmat kami meminta untuk mengubah serta mereka satu rekaan pelekat kereta. Namun apabila telah siap kami mendapati pelanggan kami ini tidak jadi atau membatalkan permintaan rekaan tersebut.

- Ini telah mengakibatkan kami sebagai ahli pereka menghabiskan masa untuk membuat satu perkara yang tidak jadi. 


-Oleh kerana itu kerja-kerja rekaan lain telah tertangguh akibat pembatalan reka bentuk oleh pelanggan kami yang sebelum ini.


- Selain itu kami juga berharap semua pelanggan kami hormati memberi pengesahan terhadap rekaan mereka yang telah kami siapkan serta beri kepada pelanggan secepat mungkin. Bagi mengelakkan berlakunya perlengahan masa antara rekaan kami yang lain.


- Tidak ketinggalan juga kami perlu membayar upah pereka yang dilantik oleh kami.


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment