Namun bagi golongan Otaku ataupun bahasa lainnya ulat buku atau peminat yang tahap melampau, ianya merupakan satu penghargaan atau minat mendalam terhadap anime tersebut.
Mereka memasang gambar karakter anime yang mereka suka ke atas kenderaan mereka. Selain pada itu ianya tidak terhad pada kereta sahaja, motorsikal juga tidak ketinggalan untuk di peragakan. Motorsikal pula di panggil sebagai "Itansha"
Pengaruh itasha telah sudah mula bertapak di Malaysia pada tahun 2012 oleh sekumpulan belia muda yang amat menggemari anime. Mereka mengintepertasi anime tersebut kepada kenderaan mereka.
![]() |
Dari Kiri laman Facebook Azmierul Aswad, Afiz Haji Mohammad, Misaqi Koissume, Takiya Genji AMC II dan Aris Wakbomb |
Kini Itasha semakin berkembang di Malaysia, ini kerana salah seorang dari belia tersebut telah mengambil insentif untuk menubuhkan kumpulan itasha di laman sosial. Nama kumpulan tersebut di dalam laman web Facebook adalah Malaysian Itasha Movement .
Itasha makin lama semakin berkembang ini kerana bukan hanya peminat anime yang terlibat, malah pemilik pengubahsuaian kereta iaitu kereta yang terlibat dalam acara pemeran kereta atau "autoshow car" juga memasang itasha pada kenderaan mereka.
No comments:
Post a Comment