Pada 11 Mei 2013 sekumpulan M.I.M telah mengadakan konvoi ke Teluk Kemang Port Dickson Negeri Sembilan.
Kumpulan M.I.M berjumpa di perhentian pertama iaitu ahli-ahli yang berada di sekitar Rawang, Shah Alam, Puchong, Serdang, Cheras, dan Nilai.
Selepas itu ahli tersebut bergerak ke Tol Port Dickson serta menunggu ahli dari Johor
Kumpulan ini bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan untuk berkumpul serta mempamerkan kenderaan masing-masing untuk tontonan khalayak umum.
Ketibaan ahli ke Kemang sememangnya di alu-alukan oleh rakyat disitu apabila kawasan meletakan kenderaan sangat selesa serta amat sesuai untuk mengadakan show off serta memperkenalkan Itasha utk rakyat sekitar Port Dickson .
Aktiviti yang ada pada hari itu adalah mandi laut, bermain layang-layang serta bersuai kenal selain itu menunggu ketibaan ahli-ahli lain.
Selepas makan kini sesi menangkap gambar di sekitar Port Dickson yang sebelum bersurai.
Pada tarikh 03 March 2013 satu perjumpaan di adakan oleh peminat-peminat MIM untuk meraikan setahun penubuhan mereka di Malaysia. Bermula berkumpul di depan pejabat Perdana Menteri.
Selepas semua pemilik kereta sudah berkumpul kami bergerak ke arah Persint 14 untuk makan serta mengadakan sesi pengenalan dan sesi tangkap gambar bersama-sama kereta serta pemilik kenderaan.
Inilah hasil video yang telah di buat oleh salah seorang ahli MIM iaitu Kenny Wong. Gambar-gambar di tangkap oleh Kenny Wong dan Faiq Indra iaitu photographer bebas yang sudi menangkap gambar serta ahli-ahli MIM sendiri. Saya disini ingin menegaskan bahawa MIM ialah bukannya sebuah kelab kereta tetapi cuma kumpulan kereta yang hanya meminati anime serta kereta dalam masa yang sama.